T: +603 7733 5671 E: email@landskapmalaysia.org

Single Blog Title

This is a single blog caption
20
Oct

Majlis Pelancaran Program Seed Centre @ Schools

Print Friendly, PDF & Email

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEED CENTRE @ SCHOOLS

ANJURAN

LANDSKAP MALAYSIA DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA (MPAJ), PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU LANGAT DAN

PEJABAT PELAJARAN DAERAH GOMBAK

 

LANDSKAP MALAYSIA dengan julung kalinya memperkenalkan program Seed Centre @ Schools yang merupakan program pendidikan yang berteraskan alam sekitar dan keusahawanan. Program ini adalah kesinambungan daripada program Hutan Kita @ Schools anjuran LANDSKAP MALAYSIA yang mensasarkan golongan para pelajar dari sekolah menengah dan sekolah rendah.

Majlis Pelancaran Program yang dianjurkan oleh Landskap Malaysia dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat dan Pejabat Pelajaran Daerah Gombak akan dirasmikan oleh YABhg. Tun Jeanne Abdullah, Pengerusi Landskap Malaysia di SMK Bukit Indah, Ampang.

Melalui program ini, pelajar didedahkan dengan cara penyediaan ‘seed plot’, cara-cara menyemai biji benih sehinggalah proses pemindahan anak-anak pokok ke dalam polibeg dan penjagaannya. Program ini akan dilaksanakan  sepenuhnya oleh pihak sekolah yang terlibat melalui modul dan sokongan teknikal dari Landskap Malaysia. Landskap Malaysia juga menyediakan  “seed money” dalam bentuk bahan-bahan asas bagi tujuan pelaksanaan program manakala MPAJ telah menyokong program dengan penglibatan staf teknikal dalam perlaksanaan program di sekolah – sekolah yang merupakan salah satu program di bawah Agenda Zon Bersih  MPAJ.

Objektif utama program adalah untuk mendedahkan para pelajar akan kepentingan menghargai biji benih dan cara – cara menyemai biji benih hingga menjadi anak pokok. Bagi program ini, para pelajar akan membawa biji benih  buah – buahan dari rumah. Ia juga membantu menyemai rasa cinta kepada tumbuhan di kalangan para pelajar bagi mewujudkan rasa tanggungjawab terhadap alam semulajadi serta menggalakkan program kitar semula.  Seterusnya, program ini juga akan memupuk nilai keusahawanan di kalangan pelajar di mana para pelajar berpeluang menjual anak pokok yang disemai kepada guru – guru, para pelajar atau ibu –bapa bagi menjana pendapatan yang akan digunakan bagi menjayakan program ini seterusnya.  Di samping itu, para pelajar berpeluang menyumbang kepada program penghijauan MPAJ dengan menyumbang anak-anak pokok yang disemai di sekolah.

Program ini dipertandingkan dengan penglibatan 28 buah sekolah di sekitar Ampang bermula Julai yang lalu. Kesemua 28 buah sekolah terlibat telah menjalani sesi penilaian dan pemenang akan diumumkan pada majlis pelancaran tersebut.

You are donating to : Greennature Foundation

How much would you like to donate?
$10 $20 $30
Would you like to make regular donations? I would like to make donation(s)
How many times would you like this to recur? (including this payment) *
Name *
Last Name *
Email *
Phone
Address
Additional Note
paypalstripe
Loading...
Top