T: +603 7733 5671 E: email@landskapmalaysia.org

Single Blog Title

This is a single blog caption
01
Jul

Hutan Kita @ Taman Nirwana

Print Friendly, PDF & Email

PROGRAM HUTAN KITA @ TAMAN NIRWANA, AMPANG

ANJURAN

LANDSKAP MALAYSIA DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA (MPAJ)

Program Hutan Kita @ Taman Nirwana yang dianjurkan oleh Landskap Malaysia dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merupakan program penanaman pokok beramai – ramai bersempena program Local Agenda 21 (LA 21)  yang menekankan penglibatan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat dan pihak sektor swasta merancang dan menguruskan pembangunan kawasan persekitaran yang mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi.

Program Hutan Kita merupakan salah satu program Landskap Malaysia di mana komuniti menanam pokok secara beramai – ramai dan menerapkan unsur ‘sense of belonging’ kepada alam semulajadi. Program ini telah bermula pada 2009 di Hutan Kiara dan telah berkembang ke sekolah – sekolah, hospital, taman rekriasi, universiti dan juga hutan paya bakau.

Sebanyak 200 pokok hutan telah ditanam di kawasan ‘jogging track’ di Taman Nirwana yang melibatkan kakitangan MPAJ, pelajar Tadika Nirwana, sukarelawan dari SEGI Kolej Kuala Lumpur, penduduk setempat Taman Nirwana, Persatuan Penjaja Kompleks Muhibbah dan pemaju perumahan Sri Seltra Sdn. Bhd yang di anggarkan berjumlah 250 orang. Program ini memberikan manfaat kepada penduduk setempat yang beriadah untuk menghirup udara segar, merasai suasana yang nyaman dan membantu mengurangkan pengeluaran karbon.

Landskap Malaysia dan MPAJ telah bersetuju untuk meneruskan kolaborasi dengan program ‘Seed Centre @ School’ yang merupakan satu lagi program yang dikhaskan untuk para pelajar memahami akan kepentingan biji benih dalam membantu memberikan sumber oksigen kepada manusia. Program yang bakal dilaksanakan di sekolah – sekolah sekitar Ampang Jaya menerapkan unsur keusahawanan di mana para pelajar akan berpeluang menjual anak pokok yang telah disemai melalui biji benih kepada guru – guru, para pelajar atau ibu –bapa.

You are donating to : Greennature Foundation

How much would you like to donate?
$10 $20 $30
Would you like to make regular donations? I would like to make donation(s)
How many times would you like this to recur? (including this payment) *
Name *
Last Name *
Email *
Phone
Address
Additional Note
paypalstripe
Loading...
Top